Sunday 11 December 2011

Selembut Hati Ibu, Seikhlas Hati Ayah.

Hari ini pagi-pagi lagi my mom dah kejutkan..more or less macam inilah "Jim..Jim..bangun dah pukul berapa ni..nanti dapat tiket bas lambat" Sedangkan keempukkan tilam dan kedinginan suhu dalam bilik itu membuatkan Azim sendiri tak rela menyedarkan dirinya yang bakal melalui perjalanan selama 3jam dari JB ke Segamat. namun naluri ibu membuatkan my mom tak pernah berhenti menyedarkan anaknya dari lena. Sudah bangun dan bersiap, terdengar teriakan soalan dari perempuan awal 40an dari dapur "Jim..nak bawa apa tak balik nanti lapar, dahlah tak sempat nak makan" memang soalan itu sudah ditanyakan sejak semalam namun tidak Azim berikan kata putus..aduh mulianya hati seorang ibu. ketika membungkuskan makanan iaitu nasi dan lauk my mom bertanya lagi "Jim..cukup tak" sedangkan bagi Azim melihatkan makanan itu ternyata lebih dari cukup..mulianya hati seorang ibu. sebelum berangkat azim memeriksa barang-barang yang bakal dibawa, dibuka beg makanan tadi aduh mulianya hati seorang ibu apabila melihat bukan saja nasi yang awal tadi tetapi beberapa makanan lain. My dad menunggu dihalaman rumah, menurut kata mak Azim tadi, dia cuma akan hantar ke sebuah perhentian dan kemudian menaiki bas sendirian kerana ada urusan lain. Walaupun perkara itu semua sudah tahu my dad still keep on asking "nk turun kat mana??" memang pelik tapi Azim tetap mendiamkan diri kerana tak pernah peduli dimana-mana saja boleh. Dalam hujan lebat,sejuk mata tertumpu kearah setiap simpang that separate my dad's destination and mine. Hati bertanya kenapa my dad keep on track to my destination not his own destination?? Hati juga memberikan tafsiran sendiri maybe beliau akan turunkan Azim kat perhentian seterusnya. Namun hampa, setiap kali melalui perhentian sepanjang perjalanan Azim masih lagi tak diturunkan hinggalah sampai ke Terminal Larkin Sentral. Menghembus nafas lega, menghembur kata-kata dalam hati "inilah hati seorang ayah yang tak pernah mahu lihat anaknya susah". Ikhlasnya hati seorang ayah. Meninggalkan urusannya demi seoarang anak. Sedangkan aku belum tentu dapat memberikannya apa-apa.


p/s: Pernahkah korang hargai parents korang?? inilah masanya untuk tnyakan soalan itu pda diri korang.. pejamkan mata biarkan jawapn itu muncul naturally. cukupkah apa yang kita berikn selama ini dibandingkan dengan apa kita terima.

I LOVE MY PARENTS
Thank you for all your love Puan Asiah binti Yusof and En. Zainal Abiden bin Saat ( sekarang dah jadi datuk kan..congratezzz lol..)

No comments:

Post a Comment