Thursday 1 December 2011

Mengapa Sahabat Itu Berharga

Dalam kehidupan kita dalam suasana kampus ni memang peneman atau orang yang paling rapat yang selalu ada untuk kita ialah sahabat. Azim juga tak terlepas untuk nature itu. Kali ni Azim nak bagitahu kat korang kenapa sahabat itu sangat diperlukan. Lebih-lebih lagi sebagai student yang jauh dari family. Let's chekidaut yo.

Pendengar Setia
Walau korang perlukan tempat nak mengadu dan bercerita sahabat memang boleh diharapkan. Walau cerita dan problem yang korang share tu dah berpuluh ibu juta kali korang bagitahu kat si sahabat. Si sahabat takkan pernah jemu mendengar dan memberi nasihat serta pelukkan mesra yang menenangkan.

Bergayut
Cuping telinga semakin panas, mata semakin mengantuk, namun tidak sesekali dia meletakkan telefon di saat korang berbual kosong dengannya, walaupun esok si sahabat ada class pagi.

Rahsia
Si sahabat tetap akan diam seribu bahasa biarpun ketika itu berita mengenai korang tersebar dan jadi perbualan (or lebih kepada materials untuk mengumpat hehehe) dikalangan teman-teman kerana si sahabat merupakan penyimpan rahsia yang terbaik!!

Putus Cinta
Salah satu cara untuk sembuhkan luka akibat putus cinta ni ada pada sahabat, spend time with your sahabat, luahkan segala ketidakpuasan hati korang, kalau nak nangis pun tak apa.

Lepak
Menjadi teman korang melepak di cafe berjam-jam sekadar berbual kosong mengenai hal remeh-temeh atau saja-saja nak tengok orang lalu lalang. (kalau korang takda sahabat boleh ke korang buat macam ni, nanti orang ingat gila pulak hahaha)

Be Yourself
Perasan atau tidak korang hanya akan jadi diri korang yang sebenar bila korang bersama dengan sahabat dan tiada perkara yang menyenangkan selain be yourself.


p/s: to all my bff, I love you so much. tQ for being there every time I need you.

1 comment: