Wednesday 14 December 2011

Cara Menenangkan Diri

Dalam hidup ini semua orang pasti akan diuji, dengan ujian kita akan lebih berfikiran matang dan dewasa. Namun sejauh mana kita dapat menghadapi dugaan itu. Azim sendiri tak pernah terlepas dari dugaan, and the latest one, Azim baru dapat tahu yang for all this time yang Azim ingat Azim dah bebas dan tenang keluar dari masalah yang pernah membelenggu hidup Azim selama 2 semester rupa-rupanya belum berakhir. Bukan senang untuk Azim mulakan sebuah hidup baru dengan meninggalkan kenangan yang pernah Azim dan sahabat Azim itu sendiri cipta bersama. Usaha tangga kejayaan, dan akhirnya Azim dapat juga melupakan even agak sukar pada awalnya. Namun sampai satu malam Azim dapat tahu yang dia setiasa mengikuti or in the other word macam spy everythings yang Azim buat. Azim tak pernah kisah kalau dia nak ambil peduli atau tak tapi dia siap sindir orang yang rapat dengan Azim seolah-olah dia tak dapat terima yang Azim ada kawan lain. Adakah dia cuba menyakitkan hati Azim dengan cara menyakiti hati kawan rapat azim yang juga kawan biasa dia. Jika benar dia nak berbaik bukan ini caranya. Masih terngiang ayat dari dia yang suruh Azim pergi "mam" (mampus la tu maksudya) tapi kenapa sekarang dia buat macam ini. What you guys think?? What does he want actually?? Hmm...

Now, Azim nak share tips untuk tenangkan diri, yang boleh korang practice kan. Hope it gonna helps you guys.

1. Minum Teh
Kajian membuktikan yang teh mampu menenangkan fikiran kita. Bila kita minum teh, hormon marah dan tekanan kita akan menurun. (dapatlah berfikir dengan tenang dan rasional).

2. Urutan
Urut bahagian antara ibu jari dan telunjuk selama 20 hingga 30 seconds. (tak payah susah nak cari massage chair kat campus guna jari pun boleh)

3. Coklat
Rasa coklat dapat membuat korang punya blood vessel expend, so tiadalah blood pressure. Pilih dark chocolate compared to milk chocolate. (tapi bagi Azim cadbury tetap di hati ahaha)

4. Youtube
Hmm... buka website youtube, cari video kelakar yng boleh buat korang ketawa. Ini dapat menurunkan hormon stress korang.

5. Tidur
Dapatkan rehat secukupnya. (tapi jangan terlebih sudah pula)

6. Makanan Sihat
Menurut kajian, orang yang didalam tubuh badannya mengandungi zat EPA dn DHA Omega-3 yang tinggi akan hidup lebih bahagia. (pasni makan sardine jelah ahhaha)

Sunday 11 December 2011

Selembut Hati Ibu, Seikhlas Hati Ayah.

Hari ini pagi-pagi lagi my mom dah kejutkan..more or less macam inilah "Jim..Jim..bangun dah pukul berapa ni..nanti dapat tiket bas lambat" Sedangkan keempukkan tilam dan kedinginan suhu dalam bilik itu membuatkan Azim sendiri tak rela menyedarkan dirinya yang bakal melalui perjalanan selama 3jam dari JB ke Segamat. namun naluri ibu membuatkan my mom tak pernah berhenti menyedarkan anaknya dari lena. Sudah bangun dan bersiap, terdengar teriakan soalan dari perempuan awal 40an dari dapur "Jim..nak bawa apa tak balik nanti lapar, dahlah tak sempat nak makan" memang soalan itu sudah ditanyakan sejak semalam namun tidak Azim berikan kata putus..aduh mulianya hati seorang ibu. ketika membungkuskan makanan iaitu nasi dan lauk my mom bertanya lagi "Jim..cukup tak" sedangkan bagi Azim melihatkan makanan itu ternyata lebih dari cukup..mulianya hati seorang ibu. sebelum berangkat azim memeriksa barang-barang yang bakal dibawa, dibuka beg makanan tadi aduh mulianya hati seorang ibu apabila melihat bukan saja nasi yang awal tadi tetapi beberapa makanan lain. My dad menunggu dihalaman rumah, menurut kata mak Azim tadi, dia cuma akan hantar ke sebuah perhentian dan kemudian menaiki bas sendirian kerana ada urusan lain. Walaupun perkara itu semua sudah tahu my dad still keep on asking "nk turun kat mana??" memang pelik tapi Azim tetap mendiamkan diri kerana tak pernah peduli dimana-mana saja boleh. Dalam hujan lebat,sejuk mata tertumpu kearah setiap simpang that separate my dad's destination and mine. Hati bertanya kenapa my dad keep on track to my destination not his own destination?? Hati juga memberikan tafsiran sendiri maybe beliau akan turunkan Azim kat perhentian seterusnya. Namun hampa, setiap kali melalui perhentian sepanjang perjalanan Azim masih lagi tak diturunkan hinggalah sampai ke Terminal Larkin Sentral. Menghembus nafas lega, menghembur kata-kata dalam hati "inilah hati seorang ayah yang tak pernah mahu lihat anaknya susah". Ikhlasnya hati seorang ayah. Meninggalkan urusannya demi seoarang anak. Sedangkan aku belum tentu dapat memberikannya apa-apa.


p/s: Pernahkah korang hargai parents korang?? inilah masanya untuk tnyakan soalan itu pda diri korang.. pejamkan mata biarkan jawapn itu muncul naturally. cukupkah apa yang kita berikn selama ini dibandingkan dengan apa kita terima.

I LOVE MY PARENTS
Thank you for all your love Puan Asiah binti Yusof and En. Zainal Abiden bin Saat ( sekarang dah jadi datuk kan..congratezzz lol..)

Thursday 1 December 2011

Mengapa Sahabat Itu Berharga

Dalam kehidupan kita dalam suasana kampus ni memang peneman atau orang yang paling rapat yang selalu ada untuk kita ialah sahabat. Azim juga tak terlepas untuk nature itu. Kali ni Azim nak bagitahu kat korang kenapa sahabat itu sangat diperlukan. Lebih-lebih lagi sebagai student yang jauh dari family. Let's chekidaut yo.

Pendengar Setia
Walau korang perlukan tempat nak mengadu dan bercerita sahabat memang boleh diharapkan. Walau cerita dan problem yang korang share tu dah berpuluh ibu juta kali korang bagitahu kat si sahabat. Si sahabat takkan pernah jemu mendengar dan memberi nasihat serta pelukkan mesra yang menenangkan.

Bergayut
Cuping telinga semakin panas, mata semakin mengantuk, namun tidak sesekali dia meletakkan telefon di saat korang berbual kosong dengannya, walaupun esok si sahabat ada class pagi.

Rahsia
Si sahabat tetap akan diam seribu bahasa biarpun ketika itu berita mengenai korang tersebar dan jadi perbualan (or lebih kepada materials untuk mengumpat hehehe) dikalangan teman-teman kerana si sahabat merupakan penyimpan rahsia yang terbaik!!

Putus Cinta
Salah satu cara untuk sembuhkan luka akibat putus cinta ni ada pada sahabat, spend time with your sahabat, luahkan segala ketidakpuasan hati korang, kalau nak nangis pun tak apa.

Lepak
Menjadi teman korang melepak di cafe berjam-jam sekadar berbual kosong mengenai hal remeh-temeh atau saja-saja nak tengok orang lalu lalang. (kalau korang takda sahabat boleh ke korang buat macam ni, nanti orang ingat gila pulak hahaha)

Be Yourself
Perasan atau tidak korang hanya akan jadi diri korang yang sebenar bila korang bersama dengan sahabat dan tiada perkara yang menyenangkan selain be yourself.


p/s: to all my bff, I love you so much. tQ for being there every time I need you.

Wednesday 23 November 2011

Ada 2 Jam 30 Min

Since on that day was a holiday for whole Johor state bersempena Hari Keputeraan Sultan Johor, Azim pun cutilah sebab campus tempat Azim menuntut ilmu ni kat Johor. At night before that day, Azim dengan kawan-kawan dah planned nak keluar jalan-jalan.

Zul tengah beli tiket

Jadi pagi tu kitaorang pergilah terminal bas Segamat. Dalam kepala ada 2 suggestions pergi Kluang or Melaka, then untuk solve this dilemma, Azim tetapkan yang decision depended on masa tiket tu. Finally, kitaorang pergi ke Melaka.(first time jalan-jalan jauh naik bas, saje nak uji bakat..eh bakat pulak..uji capability la)

Kat jejantas ni
Sampai dekat Melaka around 2pm (happy sebab ambil mase 1jam 30min) terus pergi cari tiket balik. Lepas dah penat mencari macam cari harta karun (dah la Azim, nampak sangat tipu tu), tiket yang ada cuma pada pukul 4:30pm. Memang hampa sebab kitaorang cuma ada 2jam 30min saja untuk merayap. Jadi tanpa membuang masa kitaorang memulakanlah akitiviti jalan-jalan kitaorang (tak jalan-jalan sangat tapi macam explorace ada la). Motif utama sebenarnya Azim yang nak beli barang keperluan yang tak cukup. So, kitaorang shopping la kat Tesco. Sebelum sampai Tesco tu kena lalu jejantas (wah!! kuat gile angin..best..best).

Tesco yang dimaksudkan

one of my friend


  
Rehat sebentar bersama Kit Kat


Lepas beli barang and nak keluar dari Tesco masih ada 1jam lagi. So, kitaorang pergi semula ke Melaka Sentral (tempat kitaorang turun dari bas or terminal bas). Beli tiket balik, then jalan-jalan dalam Melaka Sentral tu (tak ada apa yang menarik tapi untuk habiskan masa  boleh la kan...). Pergi makan then 4:20pm berdiri depan kedai jeruk tunggu bas (sampai ada worker kat situ pelik, bukan nak beli pun nak elak sunlight je hahaha). Naik bas then bye bye Melaka, sampai Segamat at 6:30pm. (Aik pelik pulak 2 jam).

Tuesday 22 November 2011

Tips Semester Baru

Hah!! Dah mula semester baru ni kan. Mesti ada yang berkobar-kobar semangat dan tak kurang juga ada yang kurang bersemangat ( mungkin sebab tak puas lagi cuti). Apa kata untuk semester baru ini kita berubah ke arah positif. Azim ada beberapa tips nak bagi or in the other words, Azim nak share tips yang boleh membantu or maybe inspirasi untuk memulakannya.

1. GET READY

Bermula saja semester baru, sudah pasti ada new subjects. Jadi apa kata korang ambil tahu asas subject tersebut. Pasti korang takkan blur pada hari pertama belajar subject itu. Then, buat time table for the whole semester. Nanti tak ada lah korang terlepas mana-mana class. (melainkan korang sengaja mhuwawawa).





2. BAJET OH! BAJET

Yes!! Duit dah masuk. Eh..eh.. tunggu dulu. Sebelum korang mula menggunakan duit tersebut, lebih baik korang buat bajet dulu. Dahulukan keperluan dan bukannya kemahuan. Ambil pengajaran dari semester-semester yang lepas. Spend your money wisely.





3. JADI RAJIN
Malasnya nak basuh baju (eleh kau pun sama kan Azim), bilik berselerak, malas cuci cawan and pinggan lepas guna? If semua ini ada pada korang lebih baik korang buang sifat buruk tu. Ingat!! Korang bukan tinggal bersendirian dalam dunia kampus ni. Tunjukkan yang korang pun pandai menguruskan diri. Bila korang selesa, nak study pun senang.

4. DUGAAN
Dalam menuntut ilmu ni kita mesti diuji. Sebagai contoh subjek yang tak diminati. Jangan sesekali give up, ambil ia sebagai pengalaman yang pasti akan mengajar kita erti kehidupan. Jangan mengalah, fikir sejenak mengapa korang ada disitu. Yes, because you're the chosen one, so grab the opportunity given to you. 

5. HUBUNGAN
Masalah perselisihan faham mungkin akan menganggu korang dan mungkin juga menganggu pelajaran korang. So, sebelum masalah baru timbul, selesaikan dahulu masalah yang lalu. Bawa berbincang tentang apa juga perkara yang timbul. Pasti korang tak mahu ada cela pada perjalanan hidup yang indah di kampus. Tiada siapa yang rugi jika korang dulu yang menjernihkan keadaan.

Monday 21 November 2011

First Day in Semester 5

Penat tapi excited pada hari pertama dalam semester yang baru saja bermula ni. Perkara yang paling nak tahu sangat mestilah siapa gerangan lecturer yang bakal mengajar for every subject. Tak semua student excited sebab yang datang class pun tak ramai mungkin sebab esok cuti untuk negeri Johor. Ada juga kawan yang ter'over' excited, class at 8pm but they came at 8am..hahaha..tapi tak boleh nak salahkan diaorang semua sebab before this memang tak pernah ada class malam..macam macam hal hari pertama ni..jumpa kawan kawan seperjuangan yang dah lama tak jumpa. (Sebulan lebih je kot, over la kau)

Setakat ni, lecturer semua okay even untuk satu subject tadi cuma 2 orang student je yang datang but class still go on seperti biasa (rugilah pada classmates yang tak datang tadi). Conclusion untuk class hari ini boleh dikatakan "biasa-biasa je".


try you all guess apa I dapat?? (I like walaupun it wrapped dengan newspaper)

Azim dapat present dari best friend, pagi tadi dia datang bilik. I didn't expected that dia letak present tu together with iron yang Azim pesan untuk iron baju. Pada yang tak tahu present tu sempena birthday Azim pada 3 hari lepas. Thank you, Pakcik!! Love you. (called him Pakcik sebab suara dia macam my uncle) :P  

Sunday 20 November 2011

The New Brand Blog

Hey guys, memandangkan Azim sekarang sedang cuba untuk mengubah kehidupan yang lebih bermakna wujudlah sebuah blog baru yang lebih bermakna seperti memberi sebuah kehidupan baru. Dalam blog kali ini Azim tetap akan menceritakan kehidupan Azim lalui namun yang berbezanya ialah memandangkan Azim seorang pelajar yang mengamalkan gaya hidup sebagai seorang pelajar, Azim akan selitkan sedikit tips dan apa saja info yang Azim rasa dapat membantu anda semua. Diharap blog baru ini dapat memberi sedikit faedah kepada remaja seusia Azim. Title untuk blog ini ialah "HIS Story". 

Jangan lupa untuk follow blog ini dan like fan page HIS Story. Semoga kehidupan baru ini lebih menarik.