Tuesday 22 November 2011

Tips Semester Baru

Hah!! Dah mula semester baru ni kan. Mesti ada yang berkobar-kobar semangat dan tak kurang juga ada yang kurang bersemangat ( mungkin sebab tak puas lagi cuti). Apa kata untuk semester baru ini kita berubah ke arah positif. Azim ada beberapa tips nak bagi or in the other words, Azim nak share tips yang boleh membantu or maybe inspirasi untuk memulakannya.

1. GET READY

Bermula saja semester baru, sudah pasti ada new subjects. Jadi apa kata korang ambil tahu asas subject tersebut. Pasti korang takkan blur pada hari pertama belajar subject itu. Then, buat time table for the whole semester. Nanti tak ada lah korang terlepas mana-mana class. (melainkan korang sengaja mhuwawawa).





2. BAJET OH! BAJET

Yes!! Duit dah masuk. Eh..eh.. tunggu dulu. Sebelum korang mula menggunakan duit tersebut, lebih baik korang buat bajet dulu. Dahulukan keperluan dan bukannya kemahuan. Ambil pengajaran dari semester-semester yang lepas. Spend your money wisely.





3. JADI RAJIN
Malasnya nak basuh baju (eleh kau pun sama kan Azim), bilik berselerak, malas cuci cawan and pinggan lepas guna? If semua ini ada pada korang lebih baik korang buang sifat buruk tu. Ingat!! Korang bukan tinggal bersendirian dalam dunia kampus ni. Tunjukkan yang korang pun pandai menguruskan diri. Bila korang selesa, nak study pun senang.

4. DUGAAN
Dalam menuntut ilmu ni kita mesti diuji. Sebagai contoh subjek yang tak diminati. Jangan sesekali give up, ambil ia sebagai pengalaman yang pasti akan mengajar kita erti kehidupan. Jangan mengalah, fikir sejenak mengapa korang ada disitu. Yes, because you're the chosen one, so grab the opportunity given to you. 

5. HUBUNGAN
Masalah perselisihan faham mungkin akan menganggu korang dan mungkin juga menganggu pelajaran korang. So, sebelum masalah baru timbul, selesaikan dahulu masalah yang lalu. Bawa berbincang tentang apa juga perkara yang timbul. Pasti korang tak mahu ada cela pada perjalanan hidup yang indah di kampus. Tiada siapa yang rugi jika korang dulu yang menjernihkan keadaan.

6 comments:

  1. amboi3.....dah wt blog dah.....

    ReplyDelete
  2. Haha...xdela..da lama da.. ni yang baru..yang lame da deleted.. do follow and like my fan page if you like it.tQ for commented.

    ReplyDelete
  3. to Sayer, time kasih, you're always welcome here.. thanks for visit. :)

    ReplyDelete
  4. macam pakcik bagi nasihat kat anak buah dia jea .. baik pakcik saya mendengar nasihat anda .. hahahaha >.<

    ReplyDelete