Thursday, 1 December 2011

Mengapa Sahabat Itu Berharga

Dalam kehidupan kita dalam suasana kampus ni memang peneman atau orang yang paling rapat yang selalu ada untuk kita ialah sahabat. Azim juga tak terlepas untuk nature itu. Kali ni Azim nak bagitahu kat korang kenapa sahabat itu sangat diperlukan. Lebih-lebih lagi sebagai student yang jauh dari family. Let's chekidaut yo.

Pendengar Setia
Walau korang perlukan tempat nak mengadu dan bercerita sahabat memang boleh diharapkan. Walau cerita dan problem yang korang share tu dah berpuluh ibu juta kali korang bagitahu kat si sahabat. Si sahabat takkan pernah jemu mendengar dan memberi nasihat serta pelukkan mesra yang menenangkan.

Bergayut
Cuping telinga semakin panas, mata semakin mengantuk, namun tidak sesekali dia meletakkan telefon di saat korang berbual kosong dengannya, walaupun esok si sahabat ada class pagi.

Rahsia
Si sahabat tetap akan diam seribu bahasa biarpun ketika itu berita mengenai korang tersebar dan jadi perbualan (or lebih kepada materials untuk mengumpat hehehe) dikalangan teman-teman kerana si sahabat merupakan penyimpan rahsia yang terbaik!!

Putus Cinta
Salah satu cara untuk sembuhkan luka akibat putus cinta ni ada pada sahabat, spend time with your sahabat, luahkan segala ketidakpuasan hati korang, kalau nak nangis pun tak apa.

Lepak
Menjadi teman korang melepak di cafe berjam-jam sekadar berbual kosong mengenai hal remeh-temeh atau saja-saja nak tengok orang lalu lalang. (kalau korang takda sahabat boleh ke korang buat macam ni, nanti orang ingat gila pulak hahaha)

Be Yourself
Perasan atau tidak korang hanya akan jadi diri korang yang sebenar bila korang bersama dengan sahabat dan tiada perkara yang menyenangkan selain be yourself.


p/s: to all my bff, I love you so much. tQ for being there every time I need you.

Wednesday, 23 November 2011

Ada 2 Jam 30 Min

Since on that day was a holiday for whole Johor state bersempena Hari Keputeraan Sultan Johor, Azim pun cutilah sebab campus tempat Azim menuntut ilmu ni kat Johor. At night before that day, Azim dengan kawan-kawan dah planned nak keluar jalan-jalan.

Zul tengah beli tiket

Jadi pagi tu kitaorang pergilah terminal bas Segamat. Dalam kepala ada 2 suggestions pergi Kluang or Melaka, then untuk solve this dilemma, Azim tetapkan yang decision depended on masa tiket tu. Finally, kitaorang pergi ke Melaka.(first time jalan-jalan jauh naik bas, saje nak uji bakat..eh bakat pulak..uji capability la)

Kat jejantas ni
Sampai dekat Melaka around 2pm (happy sebab ambil mase 1jam 30min) terus pergi cari tiket balik. Lepas dah penat mencari macam cari harta karun (dah la Azim, nampak sangat tipu tu), tiket yang ada cuma pada pukul 4:30pm. Memang hampa sebab kitaorang cuma ada 2jam 30min saja untuk merayap. Jadi tanpa membuang masa kitaorang memulakanlah akitiviti jalan-jalan kitaorang (tak jalan-jalan sangat tapi macam explorace ada la). Motif utama sebenarnya Azim yang nak beli barang keperluan yang tak cukup. So, kitaorang shopping la kat Tesco. Sebelum sampai Tesco tu kena lalu jejantas (wah!! kuat gile angin..best..best).

Tesco yang dimaksudkan

one of my friend


  
Rehat sebentar bersama Kit Kat


Lepas beli barang and nak keluar dari Tesco masih ada 1jam lagi. So, kitaorang pergi semula ke Melaka Sentral (tempat kitaorang turun dari bas or terminal bas). Beli tiket balik, then jalan-jalan dalam Melaka Sentral tu (tak ada apa yang menarik tapi untuk habiskan masa  boleh la kan...). Pergi makan then 4:20pm berdiri depan kedai jeruk tunggu bas (sampai ada worker kat situ pelik, bukan nak beli pun nak elak sunlight je hahaha). Naik bas then bye bye Melaka, sampai Segamat at 6:30pm. (Aik pelik pulak 2 jam).

Tuesday, 22 November 2011

Tips Semester Baru

Hah!! Dah mula semester baru ni kan. Mesti ada yang berkobar-kobar semangat dan tak kurang juga ada yang kurang bersemangat ( mungkin sebab tak puas lagi cuti). Apa kata untuk semester baru ini kita berubah ke arah positif. Azim ada beberapa tips nak bagi or in the other words, Azim nak share tips yang boleh membantu or maybe inspirasi untuk memulakannya.

1. GET READY

Bermula saja semester baru, sudah pasti ada new subjects. Jadi apa kata korang ambil tahu asas subject tersebut. Pasti korang takkan blur pada hari pertama belajar subject itu. Then, buat time table for the whole semester. Nanti tak ada lah korang terlepas mana-mana class. (melainkan korang sengaja mhuwawawa).





2. BAJET OH! BAJET

Yes!! Duit dah masuk. Eh..eh.. tunggu dulu. Sebelum korang mula menggunakan duit tersebut, lebih baik korang buat bajet dulu. Dahulukan keperluan dan bukannya kemahuan. Ambil pengajaran dari semester-semester yang lepas. Spend your money wisely.





3. JADI RAJIN
Malasnya nak basuh baju (eleh kau pun sama kan Azim), bilik berselerak, malas cuci cawan and pinggan lepas guna? If semua ini ada pada korang lebih baik korang buang sifat buruk tu. Ingat!! Korang bukan tinggal bersendirian dalam dunia kampus ni. Tunjukkan yang korang pun pandai menguruskan diri. Bila korang selesa, nak study pun senang.

4. DUGAAN
Dalam menuntut ilmu ni kita mesti diuji. Sebagai contoh subjek yang tak diminati. Jangan sesekali give up, ambil ia sebagai pengalaman yang pasti akan mengajar kita erti kehidupan. Jangan mengalah, fikir sejenak mengapa korang ada disitu. Yes, because you're the chosen one, so grab the opportunity given to you. 

5. HUBUNGAN
Masalah perselisihan faham mungkin akan menganggu korang dan mungkin juga menganggu pelajaran korang. So, sebelum masalah baru timbul, selesaikan dahulu masalah yang lalu. Bawa berbincang tentang apa juga perkara yang timbul. Pasti korang tak mahu ada cela pada perjalanan hidup yang indah di kampus. Tiada siapa yang rugi jika korang dulu yang menjernihkan keadaan.